Friday, September 9, 2011

Kita cari di mana yang salah

Aku sebenarnya mudah rasa terganggu apabila membaca berita perempuan dirogol la, diculik, dibunuh atau apa-apa yang kejam. Nak rasa sedih tu ada la, tapi tak begitu sedih. Bukan sebab aku tak berperasaan atau apa, bendanya bila kita dah selalu baca dan dengar berita begini kita akan anggap benda itu sesuatu yang 'normal'. Macam kes buang bayi, kita tak rasa terkejut.

Aku rasa terganggu bila baca kata-kata yang mem-padan muka-kan perempuan. Lebih sedih bila yang berkata sedemikian itu ialah perempuan.

Begini. Perempuan itu bagaimana pun dia berpakaian, sebebas mana pun pergaulan dia, itu bukan lesen untuk diperlaku sesuka hati oleh lelaki. Bukan alasan untuk diperguna. Tidak.

Secara tak langsung kita puja pesalah laku jenayah. Kita agungkan perogol. Pembunuh. Kita kutuk perempuan. Kita kata dia dengan macam-mana kata yang tidak enak didengar. Nak tunggu sampai kena kat diri sendiri atau ahli keluarga sendiri baru tau dan faham bagaimana rasanya diperkata begitu?

Masalahnya ialah lelaki yang perlu dididik. Hormat wanita. Kalau perempuan itu bitchy sekalipun maka kamu lelaki punya hak nak buat apa kamu suka? Then orang akan cakap ah padan muka perempuan tu dah la perangai macam birah. This is not right.

Kita tumpu sangat kat anak perempuan. Kita jaga elok-elok, lebih baik dari jaga babi sekandang. Cuma mungkin tidak seperti dalam filem Papadom. Tapi kita lupa makhluk perosak ini. Okey ambil contoh mangsa simbahan asid. Dok pesan berhati-hati, jaga diri. Seriously, nak jaga diri macam mana lagi? Duduk rumah tak keluar-keluar? Simbah asid juga berlaku dalam rumah. Kita keluar rumah boleh tau apa malang akan menimpa? Kalau tau ada benda buruk nak jadi kita tak akan keluar.

Okey kita faham lelaki itu sifatnya pemburu. Tapi itu tidak justify tindakan atas perempuan sebegitu. Akal yang dibagi tu campak kat mana? Dah bagi kat anjing makan? Kenapa tak mau tekankan hakikat bahawa sebenarnya lelaki itu pemimpin dan pelindung?

Analoginya seperti orang kaya yang dirompak, dan kita salahkan orang itu kerana kaya. Orang itu tidak menyembunyikan kekayaannya. Dan kita menangkan perompak.

This is not a feminist post. Beremosi jauh sekali. Aku cuma penat tengok perempuan disalahkan di mana-mana, dalam apa-apa kes. I mean it dalam apa-apa kes.

6 pendapat:

[ faris ] said...

kalau hakikat lelaki itu pemimpin dan pelindung. mungkin wanita kena juga terima hakikat bahawa jikalau aurat terjaga,walaupon itu bukan jaminan.sekurang-kurangnya, kita jaga diri kita.

macam anologi,kalau kita kaya,jangan la keluar rumah xkunci,biar pagar terbukak dsb.kalau kita kunci, pencri mgkin msuk,tapi mgkin sukar kan?

sama la.maruah juga terjaga.kalau terjadi,of coz, blame perogol la.its fate.
sah2 perogol jahat tp at our side,kita nak jadi "nakal" mcm perogol ke pakai nmpak !#$#@%@%, act like a b**ch..

omg, ak ni hrp ni bukan masculine comment.haha.siot je kan

alien said...

dua2 gender perlu didik..
kalau tumpu sebelah pihak je mmg tak selesai masalah

hanafijaafar said...

tahniah, ini memang bukan post yang feminis.

bukan pessimist, bukan optimist, tapi realist.

selalu kita akan memihak pandangan yang selesa dengan diri kita, dan tolak mentah2 pendangan yang kita tak suka. aku suka entri macam ni sebab apa yang dicakap memang betul, bebas dari emosi dan bias.

maCy said...

indeed. kata2 atau perlakuan begitu sememangnya tak wajar. its btter to advice thn to say such thing. ambil pngajaran, etc.

jz w hv to remember in ths case both guys and gals hv to be blamed. gadis, tak usaha jaga maruah. harus diingat dlm agama pn ada kata pmpn tu fitnah. kerana itu kena kluar dgn mahram sntiasa.

dan lelaki. cth isu rogol. bygkan 9 nafsu ditumpu pada satu. nafsu shoping kite, makan, etc, dtumpu pada satu. pemilik rusuk kiri ni kalau iman nipis, memang naya. yg jadi mgsa kaum kita. dah sesak sangat cari lah jln selamat, nikah cepat.

cuma itu lah. semuanya bergantung pada diri sendiri. ada ilmu, iman dan amal semua trjaga. ilmu, iman tak ada, amal tak sempurna, maka jadilah byk perkara yg kita doa simpang jauh2 semua..

Anonymous said...

pemimpin dan pelindung pada aku merangkumi semualah..nasihat,tegur mana perlu, etc etc..ibarat kita jaga tulang rusuk kita sendiri.macam tu la kita kena jaga pompuan ni.

dalam kes rogol merogol nih.cer tanya diri sendiri.kalau da sangap.berselubung guna selimut pon kita leh imagin dia bogel.

tanpa nama.

FUZ.QYM.Y said...

aku tak pernah salahkan kaum hawa.

cuma aku rasa pada mereka yang suka salahkan golongan yg benar itu tak berfikir panjang sbelum bercakap.

aku risau juga bila bercakap pasal rogol dan buang bayi satu hari nanti orang akan respon macam tiada apa-apa yg perlu dirisaukan.