Monday, September 26, 2011

Memesan makanan

Ada satu hari tu aku pesan makanan kegemaran. Beritahu siap-siap kat akak tu, "saya tak mahu taugeh dengan telur ye."

Telur rebus bukanlah kegemaran. Kecuali apabila dimakan dengan nasi lemak. Tapi lebih gemar telur goreng.

Tapi akak ni baik. Memandangkan aku tak nak taugeh dan telur rebus, dia ganti pula dengan tauhu.

Aku terkebil-kebil tengok dia potong tauhu. Maka aku pun berkata, "Eh kak, tak payah letak tauhu pun takpe. Saya tak makan tauhu. Apa kata akak letak bebola ikan tu banyak-banyak. Yang tu saya suka la."

Tapi akak tu tak dengar.

Sebab aku cakap dalam hati.

Hari tu, kerja aku masa makan bertambah - mengasingkan tauhu dari makanan.

Soalan kuiz: Apa makanan yang aku pesan? Kalau tak tau bukan geng kuat makan lettew.

9 pendapat:

Nasir Ali said...

mee kari

Shukri Mohd Ali said...

fuh. tak reti teka. tak kuat makan :P

alien said...

err..
err..
rojak kot. Kot lah..

Addeena Dzakwan said...

pasembur kah?

Ateeka Amer said...

Semua salah! Hik hik!

Rezal Ishak said...

satay

Ateeka Amer said...

Kuetiau sup! Yeah! Semua salah!

alien said...

camne sup ada telur rebus..
aarrrrgggh`!!!

penah makan kuitiaw sup kat PD..
hehhe

IQBAL ZARIN said...

kueytiaw goreng ka??