Friday, September 30, 2011

situasi rawak #13

Hai. Selamat hari Jumaat.

Kalau diikutkan, aku bukanlah jenis seksis atau feminis. Bukan juga seorang yang melihat satu benda dari konteks objektif; ya atau tidak; boleh atau tak boleh.

Atas sebab itulah aku boleh berlawan kata.

Tapi aku bingung, dan rasa meluat, apabila golongan yang bukan serbanistas ini, menggunakan alasan agama dan kuasa veto untuk pertahan dan justify tindakan mereka.

Kenapa aku menulis tentang ini? Sebab aku menyampah dan meluat apabila mana-mana kes suami isteri, berduyun-duyun lelaki yang guna alasan nusyuz. Tak kiralah apa situasi, akhirnya pihak ini akan guna alasan agama. Kita tau kalau satu pihak dah guna nama agama, pihak lagi satu automatik kalah.

Mengguna istilah nusyuz samalah macam alasan poligami. Syariah based. Konon.

Samalah macam mak bapak yang guna mazhab, sikit-sikit anak derhaka.

Betul la, seburuk mana pun ibu bapa, kita wajib hormat, buruk mana sekalipun. Belum masuk soal redha Allah, soal pahala dosa, syurga neraka. Kita semua tahu la.

Tapi, come on. Kalau bapak kau peel macam AC Mizal, atau berperangai haruan makan anak, apa kau rasa?

Pernah dengar istilah ibu bapa derhaka?

Sebab aku pernah baca kes-kes bapak macam ni.

Sebab bukan semua orang bertuah dan bernasib baik macam kita.

Hypothetical.

Selamat berhujung minggu.

4 pendapat:

alien said...

pernah dgr
ustaz kat TV mensen, ibu bapa derhaka ke anak

Masy said...

pesen buang anak tu kira derhaka gak le kot?

Anonymous said...

amboi cheq, marah benor nampak. try2 la baca buku solusi, ada satu keluaran tu cerita pasal parents derhaka pada anak2.

Shukri Mohd Ali said...

tegur pasal dosa pun kena label derhaka, memang leceh la...