Sunday, October 9, 2011

situasi rawak #14

Suatu hari saya sedang memandu dalam keadaan hujan lebat dan jammed - bumper to bumper - bersama kakak. Dari Seri Kembangan, hendak menuju ke Bangi sebenarnya.

Tiba-tiba ternampak seorang lelaki menaiki motor lalu sebelah, dalam bakul depan ada bungkusan besar lampin pakai buang. Kebanyakan manusia panggil pampers.

Sebab stuck dalam jam dan bosan, tiba-tiba terfikir. Betapa kasihnya si bapa pada anak - hujan lebat dan jam pun sanggup diredah untuk membelikan lampin anak. Kata kakak, yang dibeli itu pun pek ekonomi. Lampin pakai buang mahal, tahu?

Lepas tu masing-masing sebak dan sedih teringatkan emak ayah sendiri.

Agaknya, Tuhan mahu kami masing-masing tetap ingat dan fikirkan emak ayah walaupun seketika. Walaupun tak balik rumah. Tetap ingat dan fikir mak ayah dalam apa jua tindakan. Jangan dok seronok nak berjimba saja.